Aku tahu maybe ramai yang tak suka petai ni sebab baunya yang busuk. Bila dah makan petai bukan setakat mulut jer bau petai, buang air kecil pun bau petai. So , the reason aku nak tulis pasal petai ini ialah khasiat petai sebenarnya. Dalam family aku, hanya ayah aku sahaja yang kuat makan petai ni, yang lain-lain tak makan pun. Ayah aku ni memang gila petai, kadang-kadang sampai 2 3 papan sorang jer makan. Aku plak tak berapa suka lah jugak makan petai ni sebab bau dia.

Nak dijadikan  cerita wife aku share hobi yang sama dengan ayah aku, heheheh. Bukan dia saja malah satu family dia kuat makan petai ni. Kalau ayah aku masa lunch atau dinner je makan petai, wife aku and family break fast, lunch sehingala dinner pun makan petai. Perghhh mula-mula tuh aku kagum lah jugak..lama-lama aku yang join sekaki. Mak mertua aku walaupun sudah berumur 60 tahun lebih tetapi masih kuat lagik, jalan pun laju dari anak dia. Kerja rumah, masak, basuh baju semua dia buat sendiri. Anak-anak dia kalau balik goyang kaki jer, termasuk lah aku hehe. Nak kat makan vitamin ker, supplement ker tak de lah plak. Susu tu adalah dia minum.

Rupa-rupanya mak mertua aku ni suka amalkan makan ulam-ulam. Petai, bendi dan sayur-sayur rebus selalu menjadi menu sampingan. Selalu lah jugak bagi nasihat kat aku, jangan amalkan makan di kedai. Kalau ada telur, makan lah dengan telur sahaja, oreng ker rebus ker hehh. Tu yang susah nak ikut tuhh, orang shah alam ni kan suka makan kedai mamak heheh.

Berbalik kisah petai ni, ayah aku memang sihat takder penyakit macam darah tinngi atau kencing manis . Tapi mak aku tak beberapa sihat sebab ada kencing manis.Family belah mak aku memang ada history penyakit kencing manis/diabetes nih. So aku kena lah brhati-hati sebab klu dah kena susah oo nak baik.

Ciri fizikal

Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai “papan”. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.

Khasiat

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Pembiakan

Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.

Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

sumber wikipedia