Always on the move...

Assalamualaikum,

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan
halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert
D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam
menjadikan anak2 kita antara yang outstanding
berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama
yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak
gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi
malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang
baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian
yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp
seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia
akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia
akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang
berjaya. Emosi dia akan terbela.

21/7/2007

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
– pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la
ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah
sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung.
Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan – Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita
appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak
buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang
itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
– mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya
mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan
yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah
kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu.
Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde
masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana
mereka sedang membesar dan proses ini akan terus
berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri
kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh – Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan
menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau
sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia
muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok
sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam
kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap
rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya
umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm
tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak
tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab
Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang
takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah
gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.
Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi,
kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa
sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita
kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita
sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita
tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah
yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada
penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.