Muak rasanya aku mendengar berita di kaca tv, membaca di dada akhbar kemelut yang melanda antara FAM, AFC dan Machester United…Mengapa perlu bertelagah jika sudah terang lagi bersuluh

Menjadi tuan rumah kepada Piala Asia ,mungkin tidaklah sehebat mana.Walaupun ia mungkin menjadi medan untuk kita meningkat kan martabat sebagai antara gergasi di Asia Tenggara. Tetapi itulah yang kita tidak nampak.

Dalam arena antarabangsa Malaysia lebih digeruni dalam badminton, hoki, squash tetapi tidak pada sukan bola sepak. Ranking yang entah ke berapa, malah kita di bawah Singapura.Kegagalan adalah lumrah. Kita lebih bangga apabila melihat pasukan kita dibelasah 6 atau 7 – 0 oleh pasukan gergasi Eropah.

Kehadiran Manchester menjadi rumit apabila FAM just don’t know how to say NO and some people don’t know how to shut up. Its not about politic is about football. It is it really about our 50th Merdeka celebration that we need Europe top club friendly to attract more visitor ?. PLEASE. People will always come to Malaysia. Surely not because of high quality football but because of it people, beautiful place and nice food.

Maruah Negara akan tercalar jika kita hilang hak sebagai tuan rumah, FAM patut sedar akan hakikat ini. AFC hanya berpegang kepada janji, tiada sebarang perlawanan lain ketika kejohanan Piala Asia. Ironinya, kerajaan masih berkeras untuk meneruskan perlawanan tersebut walaupun Manchester memerlukan kebenaran AFC untuk mengadakan perlawanan tersebut. Come on lah !

Lembu dipegang kepada tali, manusia dipegang kepada janji. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Malaysia di Piala Asia